Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia dikenali sebagai HRMIS merupakan satu modul atas talian yang dibangunankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk kegunaan semua jabatan kerajaan sebagai sistem aplikasi pengurusan kakitangan bersepadu.
HRMIS Klasik
Objektif Utama HRMIS
- Membekalkan satu sistem maklumat pengurusan sumber manusia yang cekap dan terbuka kepada pelbagai peringkat agensi untuk memudahkan aktiviti pengurusan.
- Membolehkan proses operasi pengurusan sumber manusia dijalankan secara automasi.
- Memastikan perancangan sumber tenaga dan penentuan keluasan perkhidmatan awam dilakukan secara efektif dengan adanya maklumat tentang pengurusan sumber manusia.
- Menyelaraskan proses sumber manusia dan capaian melalui single window serta meringkaskan proses komunikasi dan integrasi horizontal.
- Mewujudkan persekitaran yang kurang menggunakan kertas.
- Memudahkan perancangan sumber manusia dijalankan secara efektif dengan menyediakan maklumat sumber manusia yang lengkap dan tepat.
Visi
Menjayakan aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam supaya setanding dengan taraf dunia dengan menyediakan ICT yang canggih bersamaan dengan wawasan kerajaan.
Misi
Menjamin agensi-agensi yang terlibat dalam sektor awam mengikuti visi sumber manusia perkhidmatan awam dan matlamat kerajaan elektronik ketika melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Manusia (HRMIS).
Menambahbaikan maklumat HRMIS supaya benar dan tepat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.
Proses perkhidmatan pelanggan HRMIS
- Terima dan analisis aduan.
- Terima analisis dan selesaikan aduan.
- Terima diagnos dan selesaikan aduan.
- Memantau dan mengemaskini status aduan sehingga selesai.
- Tutup aduan-aduan selesai.
- Terima dan selesaikan aduan di peringkat agensi.
- Rujuk FAQ portal HRMIS untuk bantuan.
- Semak status aduan.
- Maklumankan status aduan kepada CO sehingga selesai.
Panduan HRMIS Klasik
(Modul Perolehan Sumber Manusia)
Persediaan pelaksanaan
Agensi perlu memastikan segala maklumat yang digunakan dalam modul telah dikemaskini, lengkap dan tepat. Selain itu, agensi juga perlu sentiasa peka dan mengemas kini maklumat kekosongan jawatan yang terdapat di HRMIS. Ketua jabatan perlu menjamin agensi-agensi berkenaan melaksanakan Modul Perolehan Sumber Manusia dengan sepenuhnya.
Latar Belakang HRMIS
- Menjalankan Kenaikan Pangkat Pemilik Kompetensi (RS-PROM)
- Menjalankan Penyediaan Pemilik Kompetensi Untuk Pelaksanaan Tugas (RS-RFD)
- Menjalankan Pertukaran Pemilik Kompetensi (RS-RA)
- Menjalankan Peminjaman dan Pertukaran Tetap Pemilik Kompetensi (RS-SCND)
- Menjalankan Pengambilan Pemilik Kompetensi (RS-ACQ)
- Menjalankan Pembangunan Pelan Tindakan Perolehan Sumber Manusia (RS-APD)
Aliran proses
(Fungsi permohonan pertukaran)
- Memohon pertukaran.
- Sokong permohonan pertukaran.
- Semak Permohonan pertukaran.
Panduan HRMIS 2.0
Login Ke HRMIS
HRMIS boleh dicapai di link: http://www.eghrmis.gov.my/
ataupun di link: https://hrmis2.eghrmis.gov.my
Pengguna perlu mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login ke dalam aplikasi.
Pengenalan Modul
Modul Pentadbiran Sistem merupakan tempat bagi pengguna mengurus ID, mengakses dan mencapai pelbagai perkhidmatan yang dibekalkan.
Modul Pentadbiran Sistem terdapat dua bahagian iaitu Submodul Sekuriti dan Submodul Aliran Kerja.
Fungsi Submodul Sekuriti
i. Mengaktifkan ID Pengguna
ii. Menukar Kata Laluan
iii. Selenggara Profil Pengguna
iv. Menetapkan Tugas
v. Menukar Status Log Masuk
vi. Memaparkan Pengumuman
Fungsi Submodul Aliran Kerja
i. Membuat pindaan maklumat aliran kerja.
ii. Membuat tambahan maklumat dalam modul-modul HRMIS.
iii. Mengemaskini senarai peraturan aliran kerja yang telah ditetapkan.
Penamatan Perkhidmatan
Objektif utama modul penamatan perkhidmatan HRMIS 2.0.
- Modul ini diwujudkan bagi mempercepatkan urusan peralihan keluar pemilik kompetensi dari perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara online.
- Menilai dan memahami pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam dengan menggunakan maklumat-maklumat yang dibekalkan.
Pihak yang dibenarkan menggunakan penamtan perkhidmatan HRMIS 2.0
Modul HRMIS ini khas disediakan bagi 2 pihak sahaja iaitu penjawat awam yang ingin hentikan perkhidmatan dengan kerajaan serta pegawai sumber manusia yang terlibat dalam pengurusan penamatan perkhidmatan.
Fungsi utama modul penamtan perkhidmatan HRMIS 2.0
a. Menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan.
b. Mencantum perkhidmatan lepas.
c. Bersara secara sukarela.
d. Bersara secara paksa (bawah Akta Pencen 1980).
e. Merekod maklumat kematian.
f. Membekal maklumat asas bakal pesara.
Pra syarat bagi pelaksanaan modul penamatan perkhidmatan HRMIS 2.0
Data asas yang dikemaskini perlu dipastikan betul dan tepat.
a. Submodul pengurusan pinjaman
b. Submodul pengurusan tatatertib
c. Submodul pengurusan cuti
d. Profil perkhidmatan
e. Pengurusan rekod peribadi
f. Data perjawatan berkenaan
g. Modul pembangunan
h. Elaun
Pengurusan Gaji
Syarat-syarat menggunakan submodul pengurusan gaji HRMIS 2.0
Submodul pengurusan gaji perlu diakses menggunakan Internet Explorer melalui HRMIS klasik sahaja.
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengemaskini no. gaji?
Pentadbir gaji merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengemaskini no. gaji.
Proses mencapai dan mengemaskini maklumat elaun.
- Tekan Pengurusan saraan, Faedah dan ganjaran.
- Pengurusan gaji
- Pemprosesan gaji
- Fail induk gaji
- Kemasukan fail induk gaji
- Isikan no. IC.
- Memilih jawatan sandangan semasa.
- Tekan teruskan.
- Tekan link pendapatan
- Tekan tambah untuk memaparkan gaji atau elaun.
- Tekan cari
- Memasukkan kata kunci seperti ‘Elaun’, dan tekan teruskan.
- Tekan kod yang betul dalam jenis-jenis pendapatan yang dipaparkan.
- Mengisikan bilangan imbuhan tetap khidmat awam yang diterima berdasarkan slip gaji.
- Tekan hantar.
Kelayakan kelas wad bagi pegawai-pegawai.
Kelayakan wad adalah bergantung kepada gred pegawai dan fasiliti pihak hospital seperti berikut:
gred || Kelayakan Wad
1 - 20 Kelas 2
21 - 30 Kelas 1 Bilik Bertiga
31 - 44 Kelas 1 Bilik Berdua
45 - 54 Kelas 1 Bilik Seorang
Pengurusan Tertinggi Kelas 1 Bilik Seorang
Pengurusan Persaraan HRMIS
Perlukah tandatangan dibuat secara manual dalam Borang Kew.8 yang dikeluarkan oleh HRMIS?
Ya, Borang Kew 8 hendaklah dibuat secara manual selepas dicetak keluar, kecuali sekiranya menggunakan Public Key Infrastructure (PKI).
Sebarang pertanyaan HRMIS dan HRMIS 2.0 boleh dihantar dengan membuat topik baharu.